Wednesday, 1 January 2014

Gary 'Running Man' Datang Malaysia




Bagi peminat korea semestinya sudah mengetahui berita mengenai dua orang bintang popular daripada rancangan variety korea , Running Man iaitu Kim Jong Kook dan Lee Kwang Soo yang akan menjejakkan kaki ke Malaysia pada Januari 2014 .

Kali ini , Gary atau nama sebenarnya Kang Hee-gun juga  akan berada di Malaysia .Gary yang pernah digosipkan bercinta dengan Song Ji Hyo di dalam rancangan Running Man bakal menemui para peminat di  gedung fesyen Kenanga Wholesale City pada 11 Januari 2014 .

Namun kedatangan Gary bukanlah sebagai wakil daripada program terkenal tersebut , sebaliknya penyanyi rap itu akan tiba bersama , Gil Seong-jeon untuk showcase pertama mereka di Asia . Duo hip jop yang dikenali sebagai Leessang ini akan mengadakan Leesang 1st Asia Showcase in Malaysia .
Jangan lupa saksikan muzik video berjudul Tears dari Leessang !


:: Di ubahsuai dari Majalah Mangga edisi Januari 2014


4 comments: